top of page

MPP lakukan penstrukturan Majlis Pimpinan Negeri babit enam negeri



Oleh: Abdullah Zaid


Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) melakukan penstrukturan semula di Majlis Pimpinan Negeri (MPN) membabitkan enam buah negeri.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat MPP pada 18 Februari lalu melibatkan pimpinan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.


"MPP telah bersetuju untuk saya menjadi pemantau perjalanan KEADILAN di negeri Perlis dan Kedah manakala Saudara Aminuddin Harun akan memantau KEADILAN di negeri Melaka.


"Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik. Semoga amanah yang diletak ke atas pundak setiap yang dilantik digalas dengan penuh amanah dan tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, namun kini tumpuan akan diberikan di Pulau Pinang manakala Dr Mohamad Abdul Hamid bertindak selaku timbalan pengerusi.


Selain itu, Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang diberi amanah mengetuai Majlis Pimpinan Negeri Perak.


Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN akan dibantu Mohamad Hairul Amir Sabri selaku timbalan pengerusi.


Manakala, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Naib Presiden KEADILAN memikul jawatan pengerusi selain turut dibantu Muhammad Nazri Kassim sebagai timbalannya.


Di Kedah, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah dilantik sebagai pengerusi dan Zamri Yusuf timbalan pengerusi, manakala Perlis Noor Amin Ahmad dipilih sebagai pengerusi dan Gan Ay Ling selaku timbalan pengerusi.


Di Melaka pula menyaksikan Mohd Rafee Ibrahim atau lebih dikenali ‘Cikgu Rafee’ mengetuai Majlis Pimpinan Negeri Melaka sambil dibantu R Jagatheason sebagai timbalannya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page