Majlis Pimpinan Negeri Selangor hari ini menganjurkan kursus cara-cara membuat info grafik dan video pendek sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dijangkakan tidak lama lagi.
Menurut Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Mohd Khairool Ngadon, latihan yang dikoordinasikan oleh Ketua Penerangan Negeri Selangor, Ahli Dewan Negeri, Halimey Abu Bakar itu diadakan bagi memberi latihan kepada Ketua-ketua Penerangan Cabang untuk membuat info grafik yang bersesuaian dengan isu-isu semasa di kawasan masing-masing.
"Latihan hari ini lebih kepada melatih Ketua-ketua Penerangan Cabang KEADILAN negeri Selangor untuk menguasai kemahiran komunikasi dalam media sosial. Sama ada dalam bentuk info grafik mahu pun video pendek berpandukan teknik-teknik propaganda politik
"Matlamat latihan ini pertama sekali untuk persediaan pilihan raya, kedua untuk kita menerangkan kepada rakyat produk-produk Inisiatif Peduli Rakyat negeri Selangor yang lebih kepada mempromosikan Pakatan Harapan
"Hari ini kita tumpukan Ketua Penerangan di peringkat Cabang dulu yang dikelolakan oleh Ketua Penerangan MPN Selangor YB Halimey," kata Khairool selepas memimpin kursus pendek reka bentuk info grafik.
Seramai kira-kira 30 Ketua Penerangan Cabang menghadiri kursus itu yang diadakan di pejabat KEADILAN, Seksyen 9, Shah Alam, pagi tadi.
Comentários