top of page

MPN Sarawak anjur mesyuarat, nilai prestasi setahun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 18, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak semalam mengadakan sesi mesyuarat akhir tahun bagi memantapkan organisasi mulai tahun hadapan.


Mesyuarat itu, menurut Pengerusi MPN Sarawak, Roland Engan diadakan antara lain untuk menilai pencapaian KEADILAN sejak pimpinan negeri mula berkhidmat pada Januari lalu.


"Mesyuarat MPN Sarawak telah membuat ketetapan untuk menyusun aktiviti parti dalam mesyuarat yang akan datang sambil memperingatkan ahli mesyuarat tentang perjalanan parti di peringkat Cabang terutamanya berkaitan prosedur berkenaan permohonan keanggotaan parti.


"MPN Sarawak memberi komitmen untuk meneruskan perjuangan dan pergerakan parti dengan lebih tekun dan konsisten untuk tahun 2024.


"Terdapat banyak maklumat penting daripada Kerajaan Perpaduan yang mesti disampaikan kepada rakyat untuk keadilan dan manfaat semua," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, kata Roland, MPN Sarawak turut komited untuk terus menyumbang ke arah mengukuhkan Kerajaan Perpaduan serta mengharap layanan politik yang adil dan saksama dari semua komponen parti dalam blok Kerajaan MADANI.


"Ia demi keharmonian dan kemajuan rakyat, demi perpaduan politik, keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan rakyat," katanya lagi.


Oleh itu, jelasnya, bagi mengukuhkan pergerakan parti, kepimpinan MPN bertekad untuk bekerja dengan pimpinan atasan parti bagi mengambil langkah terbaik meneruskan matlamat penubuhan parti dan agenda reformasi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page