top of page

MPN Sabah berpuas hati prestasi KEADILAN negeri




Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah yang diadakan semalam berpuas hati dengan prestasi KEADILAN negeri dalam gerak kerja dan jawatan yang diperolehi dari Kerajaan Persekutuan mahupun negeri.


Menurut kenyataan MPN Sabah, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Sangkar Rasam itu turut membincangkan strategi politik di Sabah.


"Datuk pengerusi MPN Dr Sangkar Rasam dalam ucaptamanya merakamkan ucapan tahniah kepada 3 orang wakil rakyat dari KEADILAN yang telah dilantik dalam kabinet peringkat pusat dan negeri.


"Seorang wakil dari Sabah Ahli Parlimen Sepanggar dilantik sebagai timbalan menteri manakala 2 orang ADUN telah dilantik dalam kabinet peringkat negeri, iaitu ADUN Api Api dan Adun Inanam


"Datuk Sangkar mengucapkan syabas dan tahniah di atas perlantikan 3 wakil dari KEADILAN itu," kata kenyataan tersebut.


Perwakilan peringkat Cabang di Sabah menghadiri mesyuarat MPN

Menurut kenyataan itu lagi, beliau berharap KEADILAN pada masa akan datang diharap akan melahirkan lebih banyak wakil rakyat sama ada sebagai Ahli Parlimen atau di peringkat DUN.


Selain itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah pula berharap pimpinan tertinggi parti akan membuka ruang untuk AMK terlibat secara langsung diketengahkan sebagai calon pilihanraya.


"Ketua Cabang juga mendesak agar kuasa autonomi diberi pada pengerusi MPN dalam soal kuota calon yang akan dicadangkan dalam pilihanraya akan datang," kata kenyataan itu lagi.


Manakala terdapat sedikit kritikan apabila pengagihan jawatan lantikan politik di peringkat negeri seolah olah tidak diagih berpandukan konteks Kerajaan Perpaduan di Sabah.


Datuk Dr Sangkar bagaimanapun dalam reaksinya memberi jaminan akan cuba membawa permasalahan tersebut untuk diperbaiki.


Mesyuarat MPN berkenaan diadakan di Shan Shui Golf Tawau dan dihadiri perwakilan peringkat Cabang dari seluruh Sabah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page