top of page

MPN Kedah ucap takziah pemergian Rusli Ibrahim

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 2, 2022
  • 1 min read


Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rusli Ibrahim di atas pemergian pejuang Reformasi itu petang semalam.


Menurut MPN Kedah, Allahyarham Rusli yang juga adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pejuang sejati Reformasi sejak hari pertama diisytiharkan sehinggalah hari kematian beliau.


"Mewakili MPN KEADILAN Kedah serta Pakatan Harapan Kedah, salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Rusli Ibrahim serta Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.


"Allahyarham cukup dikenali sebagai seorang reformis sejati dan merupakan penggerak serta pencetus kepada Gerakan Pro 98 Reformis.


"Perjuangan dan pengorbanan Allahyarham yang sentiasa cukup bersemangat, kuat serta cekal tidak dapat dinafikan.


"Semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, diangkat darjat serta kebaikan, diampunkan segala dosa dan ditempatkan di syurga kelak," kata MPN Kedah dalam satu kenyataan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page