MPN KEADILAN Pahang umum kepimpinan baharu
- Redzuan Shamsudin

- Aug 16
- 2 min read
Updated: Aug 22

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pahang semalam mengumumkan struktur baharu kepimpinan sesi 2025-2028 hasil mesyuarat pertama yang berlangsung di Pejabat Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota.
Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Datuk Ahmad Farhan Datuk Seri Fauzi (gambar) berkata, penstrukturan semula tersebut melibatkan gabungan tokoh daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional, pendidik, aktivis masyarakat, reformis, anak muda serta wanita.
"Barisan kepimpinan baharu ini juga menyaksikan adunan pemimpin daripada pelbagai kaum dan agama yang secara tidak langsung mencerminkan semangat Malaysia MADANI, diyakini (barisan ini) akan memperkukuh lagi perpaduan serta kekuatan KEADILAN di Pahang," katanya dalam kenyataan.
Mesyuarat tersebut turut membuat ketetapan untuk memperkukuh hubungan dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan serta meningkatkan kerjasama dengan UMNO Pahang sebagai sebahagian daripada gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam pada itu, MPN KEADILAN Pahang menetapkan agenda membasmi kemiskinan tegar sebagai fokus utama, seiring aspirasi Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Agenda ini merupakan fokus utama KEADILAN Negeri Pahang yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan seterusnya, mengangkat nasib golongan tidak bernasib baik.
"Semoga usaha murni ini mendapat sokongan padu daripada seluruh anggota KEADILAN Negeri Pahang yang mencintai perjuangan parti dalam mengutamakan nasib rakyat tanpa mengira kaum, budaya dan agama," jelas Farhan yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan terdahulu yang diterajui YB Rizal Jamin, sambil menyatakan keyakinan penuh kepada barisan baharu untuk meneruskan kesinambungan dan membawa KEADILAN Pahang ke tahap lebih baik.
Barisan kepimpinan MPN Pahang ialah:
Pengerusi: Datuk Ahmad Farhan Fauzi
Timbalan Pengerusi /Ahli MPP: Dr Sim Chon Siang
Naib Pengerusi 1: YB Senator Manolan bin Mohamad
Naib Pengerusi 2: Sivananda A/L Genapathy
Naib Pengerusi 3: Mohd Hafez Harun
Ketua AMK Negeri: Hilmi Yakap
Ketua Wanita Negeri: Sridayu Samsuri
Setiausaha: Mohd Zukri Aksah
Setiausaha Pengelola: Aiddil Abu Mansor
Timbalan Setiausaha Pengelola: Saraswaty A/P Rajantira
Bendahari: Haji Adnan Mohamed Lazim
Timbalan Bendahari: Chong Thong Yuen
Pengarah Pilihan Raya: YB Dr. Sim Chon Siang
Pengarah Strategi: Haji Fakhrul Anuar bin Zulkawi
Ketua Penerangan: Datuk Suhaimi Ibrahim
Pengarah Komunikasi: Wan Fauzuldin bin Wan Samad
Biro Polisi & Dasar: Jeffry Nizam
Biro Undang-Undang: Abdullah Hakim Ahmad
Biro Pertanian & Keterjaminan Makanan: Ismail Mohd Hussin
Biro Felda: Yazid Che Mat
Biro Kebajikan & OKU: Abdul Rahim bin Sulaiman
Timbalan Biro Kebajikan & OKU: Mahani binti Abdul Moin
Biro Mobilisasi & Keanggotaan: Mohd Amran bin Jalaluddin
Biro Komuniti India: Maheswaran Ramachandran
Biro NGO, Perpaduan & Hal Ehwal Bukan Islam: Michael Sia Wei Lung
Biro Sukarelawan & Otai Reformasi: Mohd Hasim bin Mansur
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama: Mohd Hafez bin Harun
Biro Orang Asli: Fatimah Basin
Biro Belia & Sukan: Ahmad Saifullah Razali
Biro Teknologi Maklumat: Haji Zuraidi Ismail
Biro Pendidikan Latihan & Akademik: Prof Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan
Biro Ekonomi & Antarabangsa: Lee Chun Yin
Biro JKKB (Kampung Baru): Chang Zi Kang
Timbalan AMK Negeri: Badrul Hakimi bin Mohd Supian
Timbalan Ketua Wanita Negeri: Farahida Fauzi
Ahli MPN Fadzillah Wahab
Chew Yoke Kim
Shahrullina binti Ishak
Muhammad Hurairah Roslan
Ex Officio / ADUN Lantikan Pahang: YB Rizal bin Jamin
Ex Officio / ADUN Semambu: YB Chan Chun Kuang









Comments