top of page

MPN baharu KEADILAN Johor ikrar perkukuh jentera peringkat cabang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


KEADILAN Johor kini mengumumkan barisan Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri yang baharu bertujuan memperkukuh kedudukan parti sekali gus mengangkat agenda reformasi dan kepentingan rakyat di negeri berkenaan.


Ketua Penerangannya, Fakharuddin Moslim (gambar) berkata, barisan kepimpinan itu dipilih selepas mesyuarat pertama penggal ini diadakan pada 9 Ogos lalu, yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


Katanya, antara perkara utama yang dibincangkan adalah menyempurnakan struktur organisasi dengan membuat beberapa lantikan bagi memperkukuh kepimpinan dan keberkesanan pentadbiran parti.


''Tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan gerak kerja di peringkat cabang agar KEADILAN Johor dapat terus mendekati rakyat dan menyantuni isu-isu tempatan secara proaktif.


''Mesyuarat ini juga menegaskan komitmen KEADILAN Johor untuk mempererat kerjasama bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) demi memastikan kestabilan politik dan keberhasilan agenda pembangunan negeri.


''Selain itu, KEADILAN Johor menyatakan kesediaan penuh untuk membantu calon KEADILAN dan PH di Sabah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, termasuk melalui sokongan tenaga, pengalaman dan kepakaran,'' katanya dalam satu kenyataan.


Dengan kesepaduan organisasi dan semangat kerja berpasukan yang mantap, Fakharuddin berkata, pihaknya yakin dapat memainkan peranan yang signifikan dalam memperkukuh kedudukan parti di negeri tersebut sambil terus mengangkat agenda reformasi dan kepentingan rakyat.


Berikut merupakan senarai penuh Jawatankuasa Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Johor:


Pengerusi: Datuk Seri Zaliha Mustafa (Ahli Parlimen Sekijang)


Timbalan Pengerusi: Md Ysarhuddin Kusni (Ketua Cabang Bakri)


Naib Pengerusi: Dr Maszlee Malik (Ketua Cabang Simpang Renggam)


Naib Pengerusi: Shamala A/P Vasudevan (Ketua Cabang Segamat)


Naib Pengerusi: Jimmy Puah Wee Tse (Ahli Parlimen Tebrau)


Naib Pengerusi: Muhammad Faezuddin Mohd Puad (Ketua AMK Johor & Ketua Cabang Pulai)


Naib Pengerusi: Noor Fatimah Yusoff (Ketua Wanita Johor & Ketua Wanita Cabang Mersing)


Setiausaha Negeri: Mohd Khuzzan Abu Bakar


Timbalan Setiausaha Negeri: Roselin Nona (Ketua Cabang Muar)


Setiausaha Pengelola Negeri: Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim (Ketua Cabang Tanjung Piai)


Bendahari Negeri: Subramani A/L Chami (Ketua Cabang Pagoh)


Ketua Penerangan Negeri: Mohd Fakharuddin Moslim (Ketua Cabang Tenggara)


Pengarah Pilihanraya Negeri: Khairil Adanan (Ketua Cabang Mersing)


Pengarah Komunikasi Negeri: Mohamad Taufiq Ismail (Ketua Cabang Johor Bahru)


Pengarah Strategi Negeri: Prakash A/L Maniam (Ketua Cabang Tebrau)


Ketua Biro Ekonomi: Arthur Chiong Sen Sern (ADUN Bukit Batu & Ketua Cabang Kulai)


Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama: Mohd Shahrun Radzi Salehudin (Ketua Cabang Sembrong)


Ketua Biro Antarabangsa: Pang See Keong (Ketua Cabang Sekijang)


Ketua Biro Latihan dan Akademi Keadilan: Haniff @ Ghazali Hosman (Ketua Cabang Pontian)


Ketua Biro Kebajikan: Abdul Saad Salleh (Ketua Cabang Sri Gading)


Ketua Biro Guaman: YB Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang)


Ketua Biro OKU: Shamala Devi A/P Rajah (Ketua Cabang Iskandar Puteri)


Ahli Parlimen Johor Bahru: Akmal Nasrullah Mohd Nasir


Ahli Parlimen Segamat: Yuneswaran A/L Ramaraj


Ahli Parlimen Batu Pahat: Onn Abu Bakar (Ketua Cabang Batu Pahat)


Ahli Parlimen Ledang: Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Cabang Ledang)


Timbalan Ketua AMK Johor: Sharwin A/L Subramani (Ketua AMK Cabang Pagoh)


Timbalan Ketua Wanita Johor: Loh Siew Wei (Ketua Wanita Cabang Pulai)


Ketua Cabang Pasir Gudang: Murad Jailani


Ketua Cabang Kota Tinggi: Ibrahim Mohd Nor


Ketua Cabang Ayer Hitam: Rosman Tahir


Ketua Cabang Kluang: Kalytas A/L Chandrahasan


Ketua Cabang Parit Sulong: Hishamuddin @ Misrin Ishak


Ketua Cabang Pengerang: Faizul Abdul Ghani


Ketua Cabang Labis: Ravi Sankar A/L Yallamalai

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page