top of page

MPD: Data dikumpul untuk kerajaan bantu rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 18
  • 2 min read
ree

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Permintaan data panggilan telefon bimbit oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) daripada syarikat telekomunikasi baru-baru ini menimbulkan kecaman daripada pelbagai pihak.


Ramai yang bimbang dan menyifatkan langkah itu dikatakan bertujuan untuk kerajaan memantau pergerakan dan aktiviti rakyat.


Hakikatnya seperti dinyatakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, ia adalah bertujuan menyokong pembentukan dasar berasaskan bukti, termasuk bagi penambahbaikan infrastruktur rangkaian.


Beliau berkata, data yang diminta tidak mengandungi identiti dan maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti mana-mana individu.


Tidak ambil maklumat peribadi


"Tujuannya adalah untuk pengumpulan data bagi statistik rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


"Data yang dikumpul tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi, tapi lebih merujuk kepada trend supaya maklumat yang lebih terperinci dapat kita kumpulkan mengenai mutu, tahap penglibatan, jumlah pengguna yang ada pada satu-satu mukim, satu-satu daerah," ujarnya.


Menurut beliau, melalui data itu akan membolehkan kerajaan menilai keperluan sebenar rakyat dan merapatkan jurang digital secara lebih efektif.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

Sementara itu Timbalan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Zurkarnain Mohd Yasin dalam petikan portal Free Malaysia Today (FMT) turut menjelaskan inisiatif data telefon bimbit (MPD) itu sama sekali tidak bertujuan memantau atau mengatasi pergerakan rakyat atau mana-mana individu.


"Langkah itu berasaskan data raya (big data) digunakan secara agregat untuk menghasilkan pandangan makro bagi membantu perancangan pembangunan negara.


"Projek itu masih di peringkat awal dan Jabatan Perangkaan (DOSM) akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan untuk penerangan lanjut selepas ini," jelasnya lagi.


Berikut adalah penjelasan lanjut terhadap beberapa kekeliruan yang timbul:

1. Kerajaan mengumpul sejarah lokasi individu - dakwaan ini benar. Data lokasi yang digunakan adalah berdasarkan lokasi pemancar (transmitter), bukan lokasi tepat peranti atau individu. Tiada sistem penjejakan lokasi digunakan dalam inisiatif ini.

2. Kerajaan mengumpul ID peranti - tidak benar. Set data yang dikumpul telah dinyahidentiti oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO). Tiada nombor telefon, nama, ID peranti atau butiran langganan disertakan dalam set data.

3. Kerajaan menyimpan log panggilan pengguna - tidak benar. Inisiatif ini tidak melibatkan log panggilan atau kandungan komunikasi. Hanya ‘timestamp’ pada permulaan hubungan peranti dengan rangkaian direkodkan secara automatik, tanpa menyimpan siapa dipanggil atau berapa lama panggilan.

4. Kerajaan mengumpul corak akses internet dan alamat IP - tidak benar. MPD yang diminta tidak merangkumi aktiviti internet, alamat IP atau penggunaan aplikasi.

5. Data digunakan untuk tujuan pemantauan atau kawalan - Sama sekali tidak benar. Tujuan pengumpulan data ini adalah semata-mata untuk analisis statistik makro bagi menyokong perancangan dasar dan pembangunan infrastruktur. Ia tidak digunakan untuk pengawasan individu.

6. Pengguna tidak boleh pilih untuk opt-out. Peranti mudah alih akan berinteraksi secara automatik dengan menara pemancar apabila digunakan. Ini merupakan data asas yang diperlukan bagi memastikan operasi rangkaian berjalan lancar.


Oleh itu, tiada mekanisme opt-in atau opt-out di peringkat pengguna.


Data telah dinyahidentiti

Walau bagaimanapun, data yang dikumpulkan di bawah inisiatif MPD telah dinyahidentiti sepenuhnya dan tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi atau maklumat pemanggil.

Dalam konteks inisiatif MPD, data yang disediakan oleh MNO adalah bersifat statistik semata-mata dan tidak mengandungi, mendedahkan atau membayangkan sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page