top of page

MP Wangsa Maju sediakan khidmat tuntut pampasan gangguan bekalan air

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Oct 21, 2020
1 min read

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yee Kew mengajak rakyat menuntut ganti rugi bagi yang terkesan dengan gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Klang sejak kebelakangan ini.


Beliau berkata, tuntutan itu adalah bagi memastikan pihak berkuasa berasa lebih bertanggungjawab serta membela nasib rakyat yang sering menjadi mangsa ketiadaan bekalan air bersih.


"Sekiranya anda merasakan gangguan bekalan air yang berterusan ini menyebabkan anda mengalami kesulitan, tekanan, penderitaan dan kehilangan pendapatan, marilah sertai kami untuk mengambil tindakan tuntutan terhadap pelaku pencemaran serta jabatan, agensi kerajaan dan GLC yang terlibat bagi mendapatkan pampasan sewajarnya.


"Kami menuntut pencapaian yang lebih baik daripada pihak yang terlibat," katanya.


Yee Kew turut memuat naik notis penerangan untuk memudahkan orang ramai memahami bagaimana untuk menuntut ganti rugi bagi gangguan bekalan air.


Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-41444342.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page