top of page

MP tidak lepas jadi mangsa buli, kerajaan teliti gubal undang-undang




Kerajaan sedang meneliti cadangan bagi mewujudkan undang-undang khusus bagi menangani perbuatan buli siber yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata sehingga kini pandangan semua pihak termasuk ahli akademik sedang dipertimbangkan bagi menggubal undang-undang tersebut.


"Mengenai penggubalan undang-undang berhubung buli siber, kerajaan sedang memperhalusi cadangan dasar berkenaan isu ini selaras mandat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Pandangan semua pihak termasuk ahli akademik akan dipertimbangkan ke arah mewujudkan peruntukan yang khusus mengenai buli siber ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat hari ini.


Sebelum itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) ketika membuat pencelahan bertanya adakah undang-undang perlu diperhalusi untuk melindungi kanak-kanak yang terdedah kepada telefon bimbit, sekali gus berisiko berdepan buli siber.


Kulasegaran bersetuju bahawa kesalahan buli siber perlu diambil tindakan tegas termasuk membabitkan kes terhadap pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha yang meninggal dunia dipercayai ada kaitan dengan tekanan yang dihadapinya kerana menjadi mangsa buli siber.


"Ahli politik ada ketahanan tinggi (terhadap buli siber) tetapi dalam kes Rajeswary memang sangat tidak adil dan saya harap mereka boleh disiasat sedalamnya.


"Ada prosedur tertentu Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang boleh membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas," katanya.


Kulasegaran mengakui turut menjadi mangsa buli siber secara tidak langsung apabila dituduh keluar berhibur dengan seorang wanita muda di media sosial.


Katanya, beliau dihentam kerana didakwa keluar dengan seorang wanita muda, sedangkan individu itu adalah isterinya sendiri.


"Minggu ini saya balik dan isteri memberikan satu video dari TikTok (menyatakan) Kula dengan satu perempuan muda... dia enjoy (gembira) dan dalam bahasa Tamil dia katakan "orang ini (netizen) tidak ikut umur dia, macam mana dia boleh (kata) perempuan muda... macam-macam dia kata, (saya) dihentam cukup-cukup.


"Dia tidak tahu perempuan muda itu isteri saya, dan saya dapat puluhan (mesej) Tik Tok yang dihantar kepada saya (menegur) anda perlu berhati-hati kerana orang awam akan tahu dengan siapa anda keluar.


"Bagaimana saya hendak jawab... ia secara tidak langsung adalah buli siber dan isteri saya juga terganggu," katanya.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page