top of page

MP Tebrau sampaikan bantuan peniaga pasar malam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 12, 2024
  • 1 min read

ree

Ahli Parlimen (MP) Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse baru baru ini menyampaikan bantuan khemah kepada peniaga di Sungai Tiram bagi meringankan beban mereka membeli peralatan perniagaan.


Sumbangan itu katanya, dapat membantu peniaga kecil untuk mengurangkan kos perniagaan.


"Menyampaikan sumbangan khemah niaga kepada 30 peniaga Pasar Malam Batu 16, Sungai Tiram. Sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif pejabat saya untuk bantu ringankan beban dan meningkatkan pendapatan para peniaga.


"Selain itu, sumbangan ini juga selaras dengan seruan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar pemimpin santuni dan membantu beri keselesaan kepada peniaga kecil," katanya dalam catatan di Facebook.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page