MP Tanjong Malim sumbang 16 mesin oksigen kepada dua buah hospital


Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang menyumbang sebanyak 16 mesin oksigen kepada dua buah hospital yang memerlukan.


Beliau berkata, sumbangan itu merupakan hasil sumbangan orang ramai bagi meringankan beban petugas barisan hadapan.


"Jutaan terima kasih kepada para penderma yang murah hati. Sebagai sebahagian daripada kempen #ImpakKeadilan pusat, Pejabat Ahli Parlimen Tanjong Malim telah berjaya mengutip RM53,624 untuk pembelian mesin oksigen kepada hospital yang memerlukan.


"Dengan sumbangan ikhlas dari rakan-rakan ini, kami telah membeli 16 unit mesin oksigen dan menyumbang kepada Hospital Slim River lima buah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh 11 buah.


"5 unit lagi untuk Hospital Ipoh adalah sumbangan daripada Pejabat Ahli Parlimen Gopeng. Sekali lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudi menghulurkan sumbangan," katanya.


Chang Lih Kang berkata, wang baki sebanyak RM4,124 akan digunakan untuk membeli satu lagi mesin atau barangan yang hospital perlu.


"Misalnya regulator oksigen atau picagari lalu disampaikan kepada pihak hospital.


"Semoga usaha ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban anggota barisan hadapan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER