top of page

MP Tanjong Karang beralih sokongan kepada PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 24, 2024
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Kedudukan kerajaan Madani makin kukuh apabila hari ini seorang lagi Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) beralih sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Wakil rakyat Tanjong Karang Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi membuat kejutan di tengah tengah percubaan habis habisan PN untuk menumbangkan kerajaan, beliau hari ini mengeluarkan kenyataan menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


Beliau berbuat demikian demi kestabilan politik dan melancarkan pemulihan ekonomi serta menginsafi keperitan rakyat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.


Serentak itu, Zulkafperi menyeru masyarakat di Tanjong Karang bekerjasama dan menyokong kerajaan Madani selain berdoa semua pihak menerima limpahan pembangunan seperti diharapkan.


"Saya juga ingin menyatakan bahawa pengisytiharan sokongan kepada Perdana Menteri ke-10 adalah tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak.

"Saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Zulkafperi berkata, keputusan memberikan sokongan kepada PM adalah bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasan parlimennya terus terbela dan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.


Dalam pada itu, Zulkafperi menegaskan beliau masih setia sebagai ahli Bersatu dan tidak akan mengkhianati parti itu.


Namun jelasnya bagi memastikan kelangsungan kawasan parlimen diwakilinya seiring dengan Kerajaan pusat, adalah wajar pihaknya untuk bersama kepimpinan kerajaan pusat pimpinan Anwar.


Dengan pengumuman Zulkafperi, kini sudah ada enam wakil rakyat pembangkang menyokong Anwar setelah sebelum ini pendirian sama dilakukan Ahli Parlimen Labuan, Gua Musang, Kuala Kangsar, Jeli dan Bukit Gantang.


Zulkafperi memenangi kerusi Parlimen Tanjong Karang selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Habibah Mohd Yusof dan tiga calon lain dengan majoriti 2,180 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15.


Habibah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang meraih 15,874 undi manakala calon MUDA Siti Rahayu Bahari mendapat 12,314 undi.


Dua lagi calon iaitu Azlan Sani Zawawi daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memperoleh 3,557 undi dan calon Bebas, Mohd Rosni Mastol meraih 1,406 undi.


Sebelum ini Tanjong Karang menjadi kubu BN apabila dipegang Tan Sri Noh Omar selama enam penggal sejak 1995 namun beliau tidak disenaraikan sebagai calon pada PRU-15.


*Foto kredit: FB Datuk Dr Zulkafperi Hanapi


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page