top of page

MP Sg Petani ziarah waris keluarga kemalangan maut



Oleh: Abdullah Zaid


Sayu dengan khabar duka yang diterima, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari tampil melakukan ziarah ke atas waris Mohd Norzianal Mohd Ainol dan isterinya, Suhana Othman yang terkorban akibat kemalangan jalan raya, baru baru ini.


Menerusi perkongsian di Facebooknya, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah itu bersama Pengarah PERKESO Kedah dan pengurus PERKESO Sungai Petani serta pengetua SMK Bandar Sungai Petani hadir memberi khabar gembira buat keluarga itu.


"Hari ini saya bersama Pusat Khidmat Rakyat Sungai Petani menziarahi keluarga mangsa kemalangan maut di jalan tepi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Muda.


"Pihak Skuad PERKESO Prihatin Sungai Petani menyerahkan baucer kepada waris berjumlah RM4,000 sebagai Faedah Pengurusan Mayat atas kematian ibu bapa serta anak-anak akan menerima Faedah Pencen Penakat yang dibayar secara berkala sehingga mereka berumur 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama," katanya.


Jelas wakil rakyat Pakatan Harapan itu, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sungai Petani sentiasa memantau sebarang keperluan keluarga Allahyarham dan melakukan yang terbaik untuk membantu memudahkan urusan mereka pada masa akan datang.


"Saya juga mendapat tahu yang salah seorang anak arwah merupakan seorang pemain bagi sebuah pasukan bola sepak bawah kendalian sahabat saya iaitu saudara Sham Isam.


"InshaAllah kita sama-sama buat yang terbaik agar anak-anak arwah ini dapat menggapai segala cita-cita mereka kelak," ujarnya lagi.


Pada 12 Januari lalu, pasangan suami isteri maut di tempat kejadian selepas motosikal jenis Duke KTM dinaiki mereka terbabas merempuh tiang elektrik.


Pemergian mereka meninggalkan lima cahaya mata iaitu Fatin Hanani, 23, Aida Batrisya,17, Alya Batrisya, 16, Adlin Irfan, 15, dan Adib Iman, 6, yang kini hilang tempat bergantung.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page