top of page

MP Sg Petani lawat sambutan perayaan Thaipusam

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 28, 2024
1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari atas kapasiti sebagai pemimpin peringkat parlimen baru baru ini melawat sambutan perayaan Thaipusam di kawasan berkenaan.


Beliau ke kuil Subramaniya Swami Devasthanam untuk berziarah sambil mengambil maklum masalah penganut Hindu di sana.


"Banyak perihal yang dibincangkan bersama pihak kuil bagi penambahbaikan, sama ada dari segi infrastruktur mahupun gerak kerja.


"Saya cuba buat yang terbaik demi masyarakat India di Sungai Petani," katanya.


Di samping itu, beliau juga turut menyampaikan sumbangan Ahli Parlimen Sungai Petani kepada pihak kuil berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page