MP Sekijang beri sumbangan kepada penduduk, warga emas


Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail turun padang di Bukit Siput dan Kg Jawa, Segamat bagi meluangkan masa menyantuni mereka yang sakit atau dalam keuzuran sambil menyampaikan sumbangan.


Programnya bermula menziarahi Ustaz Saeidin yang tinggal di Bukit Siput, seorang ustaz yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah agama dalam daerah Segamat.


"Berumur dalam lingkungan 80an, ingatan beliau masih baik.


"Ustaz Saeidin pernah mengajar agama kepada orang dewasa dan juga menyampaikan ceramah agama di beberapa tempat di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.


"Semoga Ustaz Saeidin sentiasa berada dalam keberkatan, rahmat dan lindungan Allah," katanya.

Beliau kemudian menziarahi adik Mohd Daniel Low Abdullah yang telah terlantar sakit semenjak beliau berumur 13 tahun.


"Kecederaan yang diperolehi di kepalanya menyebabkan dia lumpuh di kedua-dua bahagian kaki hingga ke bawah," katanya.


Natrah meneruskan kunjungan ke rumah Sabariah Ali yang telah mengalami masalah saraf semenjak menjalani pembedahan di bahagian tengkuk beberapa tahun lepas.


"Suami beliau terpaksa berhenti berkerja untuk menjaga beliau. Semoga Puan Sabariah tabah menghadapi ujian yang sangat berat ini," katanya.


Natrah mengakhiri lawatannya ke rumah Cikgu Zulkapli Salleh di Kg Jawa, yang disambut dengan hilaian ketawa dan gurau senda walau pun beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.


"Cikgu Zul adalah calon KEADILAN yang pertama bertanding di Parlimen Sekijang pada PRU-11 (2004).


"Berumur mencecah 80 tahun, Cikgu Zul tinggal bersama 3 orang anak beliau.


"Kedatangan kami telah mengingatkan Cikgu Zul zaman beliau menjadi guru dan masa-masa beliau berkempen pada PRU-11.


"Semoga semua insan yang kami ziarah ini sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi masa-masa mereka dalam keadaan keuzuran," katanya.


Turut serta ialah wakil dari Amanah Sekijang dan sukarelawan dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER