top of page

MP PN hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang?



Tindakan Ahli Parlimen (MP) Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu menyatakan sokongan beliau kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengukuhkan lagi kedudukan Pengerusi Kerajaan Perpaduan itu.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin, tindakan menyatakan sokongan untuk mendapatkan peruntukan Ahli Parlimen demi menjaga kebajikan serta menjamin pembangunan di kawasan Gua Musang merupakan tamparan hebat kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri hamzah Zainuddin yang tidak serius meneruskan rundingan peruntukan parlimen dengan Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Zahid Hamidi.


Katanya, dengan berpaling Ahli Perlimen Bersatu itu menunjukkan keegoan Hamzah mengabaikan rundingan dengan Kerajaan Perpaduan dipersoalkan oleh pemimpin partinya sendiri.


"Perkara ini (sebenarnya) membuktikan Ahli Parlimen PN tidak lagi memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin yang terus bersikap sombong dengan mengambil keputusan menolak segala perbincangan dengan wakil kerajaan untuk mendapatkan peruntukan Ahli Parlimen.


"Hamzah juga gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dibuanya sebelum ini yang mengatakan bahawa MP Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang digantung selama 4 tahun keahlian dan MP Labuan, Suhaili Abdul Rahman yang digantung selama 6 tahun keahlian oleh Bersatu telah diugut oleh pihak berkuasa untuk memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PMX," kata Azha dalam kenyataan pagi ini.


Menurut Naib Pengerusi Biro Pendidikan AMK Malaysia lagi, Hamzah seharusnya mencontohi Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar pada 2021 yang bersetuju menandatangani Memorandum Kerjasama bersama PM ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob demi menjaga kebajikan pengundi di kawasan PH.


"Hamzah harus mencontohi kepimpinan Anwar semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang untuk mengadakan rundingan dan perbincangan serta menandatangani perjanjian dengan pihak kerajaan PN untuk mendapatkan peruntukan Ahli Parlimen semasa Ismail Sabri jadi Perdana Menteri.


"Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin perlu menasihati Ketua Pembangkang untuk lebih bersikap terbuka dan tidak terus menafikan hak rakyat menikmati kemajuan dengan menjadikan isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang sebagai modal politik murahan dengan menuduh Kerajaan Perpaduan zalim kerana menyekat peruntukan itu sedangkan Kerajaan telah membuka ruang untuk mengadakan rundingan dan perbincangan," katanya lagi.


Untuk rekod, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim merupakan MP ketiga daripada Bersatu yang berpaling menyatakan sokongan kepada pentadbiran PMX dalam tempoh dua bulan.


Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti tipis sebanyak 163 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah yang mendapat 21,663 undi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page