top of page

MP Petaling Jaya dilantik Presiden SEAPAC 2025–2027

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 23
  • 1 min read

Chean Chung (tengah) diberi penghormatan sebagai Presiden Southeast Asian Parliamentarians Against Corruption (SEAPAC) bagi penggal 2025 hingga 2027
Chean Chung (tengah) diberi penghormatan sebagai Presiden Southeast Asian Parliamentarians Against Corruption (SEAPAC) bagi penggal 2025 hingga 2027

Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya, Lee Chean Chung diumumkan sebagai Presiden Southeast Asian Parliamentarians Against Corruption (SEAPAC) bagi penggal 2025 hingga 2027 menggantikan penyandang sebelumnya, Fadli Zon yang kini berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan Indonesia.


Menurut satu kenyataan, pencalonan Chean Chung dikemukakan oleh Kemboja dan disokong oleh Indonesia, tanpa sebarang bantahan daripada negara anggota lain.


Pelantikan ini juga mencatat sejarah apabila buat pertama kali sejak penubuhan SEAPAC pada 2007, Malaysia diberi kepercayaan untuk memegang jawatan peneraju.


"Dengan penuh penghormatan ingin berkongsi bahawa saya telah dipilih sebagai Presiden Southeast Asian Parliamentarians Against Corruption (SEAPAC) bagi penggal tahun 2025 sehingga tahun2027, menggantikan Encik Fadli Zon yang kini berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan Indonesia," katanya.


Chean Chung menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan rakan-rakan Ahli Parlimen serantau dalam memperkukuh perjuangan menentang rasuah, serta mengangkat nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti di Asia Tenggara.


"Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan rakan-rakan ahli parlimen serantau untuk memperkukuh perjuangan menentang rasuah serta mengangkat nilai integriti, ketelusan dan akauntabiliti di Asia Tenggara," tambahnya.


SEAPAC merupakan rangkaian Ahli Parlimen dari negara-negara Asia Tenggara yang menumpukan kepada usaha memperkukuh undang-undang, dasar serta kerjasama rentas negara dalam membanteras rasuah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page