MP pembangkang dapat RM100,000, baki RM3.7 juta pergi mana?


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa setiap ahli Parlimen sepatutnya meraih RM3.8 juta untuk memberikan khidmat masyarakat kepada kawasan masing-masing.


Beliau berkata ini termasuklah RM300,000 untuk mengurus pejabat, serta RM3.5 juta untuk sumbangan dan geran kepada warga Lembah Pantai.


"Seperti Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang lain, tahun ini pejabat saya dinafikan sejumlah peruntukan untuk membantu kerja-kerja memberi khidmat kepada penduduk di Lembah Pantai.


"Semalam pejabat saya dimaklumkan kami akan diberi peruntukan RM100,000 (serupa 5 Ahli Parlimen UMNO yang ‘dititik’ PN), tetapi ini bukan untuk pejabat.


"Baki RM3.4 juta itu serta RM300,000 dana mengurus itu tidak tahu ke mana pergi. Atau pihak mana yang dapat," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Fahmi berkata ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di negeri-negeri sekurang-kurangnya masih dapat menerima peruntukan kerajaan negeri.


"Ahli-ahli Parlimen PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masih mampu menerima bantuan dari kerajaan negeri. Tapi kami di Kuala Lumpur tidak mendapat bantuan serupa," katanya.


Justeru, Fahmi mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu beliau menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di Lembah Pantai.


"Saya dan rakan-rakan pasukan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai perlukan bantuan warganet.


"Segala dana yang diraih akan diumum, dan segala program dan aktiviti akan diterbitkan secara berkala. Saya konsisten dalam menerbit kad laporan tahunan, dan akan terus berbuat demikian," katanya.


Sebarang sumbangan ke arah kerja-kerja pasukan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai boleh dibuat menerusi akaun bank: PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN LEMBAH PANTAI (Maybank 564128345008).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER