top of page

MP Padang Serai ucap Selamat Hari Thaipusam

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Jan 28, 2021
1 min read

Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu.


Beliau berkata, perayaan ini tetap diraikan dengan meriah walaupun secara norma baharu.


"Hari Thaipusam tahun ini tidak dapat disambut dengan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya kerana negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 yang tidak tahu sampai bila akan berakhir.


"Walau bagaimanapun, Hari Thaipusam tahun ini tetap diraikan dengan norma baharu. Semoga kita terus diberikan kesihatan yang baik," katanya.


Pada masa sama, Karupaiya berharap Hari Thaipusam dapat dihormati dan diterima semua pihak yang hidup bersama-sama dalam negara yang berbilang kaum, budaya dan agama.


"Semoga semangat perpaduan dalam kepelbagaian kaum akan terus kekal menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan di negara kita," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page