MP lari: PN kaji kelemahan sendiri, jangan fitnah PM


Pembangkang PN dinasihatkan tidak menyalahkan atau memfitnah pihak Kerajaan Perpaduan membeli sokongan politik menyebabkan 4 orang Ahli Parlimen (MP) pembangkang berpaling tadah
Tegas Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail, Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memerlukan sokongan tambahan secara salah dan terdesak kerana Ahli Parlimen penyokong kerajaan hampir 2/3 di Dewan Rakyat.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam mendakwa terdapat dua individu dikenali sebagai “Datuk Botak” dan seorang bekas Setiausaha Politik Anwar sebagai individu bertanggungjawab menarik sokongan wakil rakyat pembangkang kepada Anwar.
"Fitnah jahat yang cuba dimainkan oleh Wan Ahmad Fayhsal bukanlah sesuatu yang baru kerana beliau sememangnya terkenal dengan sikap meraih populariti murahan.
"Nasihat saya beliau seharusnya menggunakan segala fakta dan bukti kukuh sebagai asas memulakan proses perundangan berbanding membuat spekulasi, hanya bersandarkan kepada video dan maklumat umum yang diperoleh dari hantaran Tiktok," kata Siti Aishah.
Sementara itu dalam kenyataan sama, Siti Aishah menyarankan pembangkang supaya melakukan melakukan muhasabah dalam kerjasama antara mereka.
Kegagalan kepimpinan Bersatu sedia ada, jelasnya, menjadikan pucuk pimpinan PN sudah tidak dihormati lagi sehinggakan Ahli Parlimen dalam kalangan mereka melakukan sesuatu yang di luar kawalan.




Comments