MP Friends of MOF proaktif kemuka isu kewangan, ekonomi
- Suara Keadilan
- 1 day ago
- 1 min read

Pelantikan beberapa Ahli Parlimen (MP) sebagai Friends of MOF (FOM) berguna untuk mengenengahkan isu yang 'meresahkan' rakyat untuk pengetahuan kementerian.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang baru baru ini dilantik sebagai salah seorang ahli Friends of MOF, pelatikan itu, katanya, akan beliau gunakan buat memberi beberapa imput berguna berkenaan ekonomi terkait rakyat marhaen.
"Semalam kami juga diberi taklimat mengenai halatuju ekonomi, perkembangan terkini perundingan tarif AS-Malaysia. Kami juga diberi taklimat tentang rancangan penyasaran semula subsidi RON95, e-invoice dan SST.
"Saya mengambil kesempatan membawa isu kos perubatan hospital swasta dan kenaikan premium insurans. Menteri Kewangan II juga menjawab dengan amat teliti," katanya dalam muat naik di Facebook selepas majlis pelantikan itu yang dihadiri Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Tambah Tze Tzin, sebenarnya, Kementerian Kewangan sangat prihatin dan mendengar dengan teliti keluhan rakyat mengenai RON95 dan E-invois.
Kerajaan, katanya, mahu satu sistem yang melancarkan sistem penyasaran susbidi dan pungutan hasil namun tidak akan menyusahkan rakyat.
"Mereka sedang mengkaji perlaksanaan dengan meminimakan impak kepada rakyat. Segala dasar akan menjadi jelas menjelang sesi parlimen bulan Julai," katanya lagi.
Tze Tzin berharap lebih banyak isu isu ekonomi yang menyentuh rakyat marhaen akan diketengahkan oleh Ahli Ahli Parlimen yang dilantik pada masa akan datang.