MP Bayan Baru hantar ambulans, bantu pesakit strok dapatkan suntikan vaksin


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim The Tzin berkongsikan pengalamannya membantu seorang pesakit strok yang mahu menerima suntikan vaksin Covid-19.


Katanya, pesakit itu adalah Uncle Wong yang berusia 51 tahun namun disebabkan strok, pergerakannya agak terbatas.


Namun, katanya, Uncle Wong telah mendapat temu janji untuk mendapatkan suntikan vaksin di PPV Bayan Baru.


“Uncle Wong dulu bekerja sebagai seorang penjaja, selepas kejadian stroke, beliau tidak lagi berupaya bekerja dan terus terjerumus dalam kesusahan.


“Uncle Wong tidak ada isteri dan sanak saudara yang boleh membantunya ke PPV Bayan Baru.


“Uncle Wong hilang punca untuk mendapatkan suntikan vaksin kerana masalah pengangkutan yang dihadapinya. Kebimbangan menyelubungi dirinya memandangkan kes Covid-19 positif mencecah 13,000 sejak akhir-akhir ini,” katanya.


Justeru, Sim membuat keputusan untuk mengatur sebuah ambulans daripada Penang First Respons Team untuk membawa Uncle Wong ke PPV Bayan Baru.


“Uncle Wong kini dapat menarik nafas lega kerana telah menerima suntikan vaksin dan masalah pengangkutan yang menghantuinya selama ini dapat diselesaikan.


“Saya memberitahu Uncle Wong bahawa keselamatan dan kesejahteraan hidup Uncle Wong ialah tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimennya,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER