MP Bayan Baru edar 750 laptop, langgan wifi untuk pelajar B40


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan bahawa beliau telah mengedarkan sebanyak 750 buah laptop kepada pelajar yang berasal daripada keluarga B40.


Ini selepas beliau menerima permohonan laptop yang banyak daripada pelajar untuk mengikuti pelajaran secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


"Susulan PKP, ada golongan M40 telah jatuh kategori menjadi golongan B40 dan permintaan laptop untuk kegunaan pelajar semakin meningkat.


"Pemberian laptop tidak memadai, saya terpaksa menggunakan gaji Ahli Parlimen saya untuk melanggan wifi berkelajuan tinggi agar laptop yang diterima itu dapat dimanfaatkan oleh pelajar sebaik-baiknya," katanya.


Bagaimanapun, Sim mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu memberikan sumbangan kepada pelajar.


"Dalam usaha membekalkan peranti kepada para pelajar, kerjasama semua pihak adalah penting kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.


"Saya sedar diri saya tidak berupaya melakukannya seorang diri. Dengan ini, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan adalah penting untuk menjamin kelangsungan Projek Impianku ini.


"Bantulah saya agar saya dapat terus membantu golongan pelajar yang merupakan kesuma bangsa kita. Pelajar ialah modal insan dan harapan negara yang perlu ditatang dan dibentuk untuk menjamin masa depan mereka," katanya.


Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru ( Maybank) menerusi nombor akaun 557054611829 dengan meletakkan Rujukan iaitu Projek Impianku.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER