top of page

MP Bayan Baru beri laptop kepada adik-beradik yatim piatu

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Jun 26, 2021
1 min read

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menghadiahkan sebuah laptop kepada dua adik beradik yatim piatu.


Beliau berkata, sumbangan itu dibuat memandangkan dua adik-beradik itu tidak mampu untuk memiliki peranti bagi mengikuti PdPR.


“Adik-beradik Anas dan Anis masing-masing merupakan Pelajar Tingkatan 3 dan 2.


“Mereka berdua menjadi anak yatim piatu kerana ibu bapanya telah kembali ke rahmatullah akibat serangan penyakit jantung dan lelah.


“Selepas pemergian ibu bapa mereka, datuklah menjadi tempat mereka mengadu dan bermanja.


“Datuknya yang bekerja sebagai seorang nelayan memang tidak berupaya untuk menyediakan peranti kepada kedua-dua orang cucu yang merupakan Pelajar A di sekolah mereka.


“Adik Anas menduduki tempat kedua manakala Anis tempat ketiga dlm peperiksaan akhir tahun sekolah.


“Ketiadaan peranti menyebabkan mereka berdua tidak dapat mengikuti pelajaran secara online. Mereka juga tidak dapat menjalankan kerja kursus tanpa sebarang peranti,” katanya.


Disebabkan itu, beliau membuat keputusan untuk berkunjung ke rumah mereka dengan sebuah laptop berkualiti tinggi agar mereka berdua tidak ketinggalan dalam pelajaran.


“Pada masa yang sama, saya akan melanggan kemudahan WiFi berkelajuan tinggi dgn menggunakan wang saya sendiri agar laptop yang diberikan itu tidak sekadar menjadi gajah putih buat mereka berdua.


“Semoga pemberian laptop itu akan memberikan sinar harapan kepada adik Anas yang bercita-cita menjadi doktor perubatan dan Anis yang ingin menjadi usahawan wanita berjaya itu menjadi kenyataan,” katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page