
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin membantu kira-kira 150 keluarga yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Katnaya, bantuan yang diberikan adalah berbentuk makanan bagi memudahkan mereka yang tidak dapat keluar dari kawasan itu.
"Di bawah matahari terik dengan kerja yang cukup berat, Team Bayan Baru dan Balik Pulau menyediakan bakul makanan kepada 150 keluarga di kawasan PKPD. Hari ini sahaja sampai 250 bakul makanan disediakan.
"Terima kasih di atas sumbangan penderma yang sudi membantu golongan yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata, mereka yang berminat untuk menyumbang boleh melakukan demikian dengan menderma RM50 atau lebih kepada Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru di akaun Maybank bernombor 5570 5461 1829 dengan meletakkan Food Basket 2021 sebagai rujukan.