MP Batu Pahat rasmi sambutan Maulidur Rasul
- Suara Keadilan

- Oct 17, 2024
- 1 min read

Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar baru baru ini merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H anjuran Pertubuhan Kebajikan Amal Ihsan Batu Pahat.
Menurut satu kenyataan, sambutan itu selain melibatkan ahli persatuan juga mengundang sama Ketua Inspektor Penjara, Tuan Mohd Azaluddin Noordin (Pegawai Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Batu Pahat), Al-Fadhil Ustaz Mohd Assubhi Bin Sidon (Pegawai Dakwah, Pejabat Kadi Daerah Kluang), Syed Zaiden Bin Syed Burhan (Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Ihsan Batu Pahat) dan Ideris Bin Khalid (Infak Kasih Batu Pahat), Al Fadhil Ustaz Muhammad.
Pelajar Madrasah At Taubah dan Madrasah Darul Barokah Batu Pahat turut memeriahkan perarakan Maulidur Rasul.









Comments