top of page

MoU hak Melayu terancam: MP pembangkang tidak baca Perlembagaan?



Hujah pembangkang kononnya mereka enggan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mendapatkan peruntukan parlimen dari Kerajaan kerana khuatir tidak akan dibenar membela hak kaum Melayu sekiranya menyokong Kerajaan Perpaduan amatlah mengarut.


Bagi aktitis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, tidak timbul sama sekali pembangkang terhalang membela kaum Melayu kerana syarat yang diletak oleh Kerajaan itu 'mengulang' perkara perkara yang terdapat dalam Perlembagaan dan memang telah termaktub sejak merdeka.


"(Mengapa) mereka sangat risau, manipulasi dan menghasut rakyat benci Kerajaan Pusat dengan membangkitkan perkara (g), (h) dan (i) dalam MoU yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan itu.


"Padahal perkara tersebut seperti termaktub dan telah dijamin dalam Perlembagaan," katanya Syam Ghaz di Facebook.


Tegas beliau, Perkara 8 berkaitan hak kesamarataan sebagai rakyat Malaysia dan Perkara 153 berkaitan Hak Keistimewaan Melayu tidak terusik kerana Perlembagaan telah meletakkan Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi hak orang Melayu.


Manakala kandungan MoU itu, katanya, mengikut lurus lunas Perlembagaan dengan disertakan beberapa tambahan seperti pengisytiharan harta Ahli Parlimen dan tegahan tidak memainkan sentimen 3R (raja, agama, kaum).


"Isytihar harta adalah benda biasa bagi calon KEADILAN, setiap kali pilihanraya siapa nak jadi calon kena isytihar harta dan disiarkan secara online di website.


"Jika Pakatan Harapan boleh tandatangan MoU masa Perikatan Nasional berkuasa 33 bulan dulu, kenapa sekarang bila jadi pembangkang kamu takut?" tanyanya.


Disebabkan percubaan menakut nakutkan rakyat, kata Syam Ghaz, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam telah mendedahkan sepenuhnya isi kandungan MoU berkenaan.


"Akhirnya rakyat baca dua dua salinan MoU dan sudah boleh menilai, siapa yang nak berpolitik murahan dan siapa yang nak Malaysia ini aman dan membangunkan negara.


"Akhirnya kita jelas, YB pembangkang yang tidak mahu peruntukan, bukannya Kerajaan Pusat tidak mahu bagi.


"Tahniah Kerajaan Madani, terutamanya Datuk Seri Fadillah Yusof, TPM Malaysia yang berjaya mematahkan fitnah pembangkang. Checkmate terus (pembangkang)," sinis Syam Ghaz.


Berikut draf MoU yang didedahkan kerajaan semalam:






0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page