top of page

MoU CelcomDigi - syarikat teknologi luar pacu digitalisasi negara



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi menyambut baik kerjasama CelcomDigi Bhd dengan syarikat luar, SC-NEX dan SoftBank Corp bagi memacu digitalisasi negara.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, Memorandum Perjanjian (MoA) itu dilihat mampu meningkatkan keupayaan syarikat telekomunikasi tempatan.


"Saya sangat mengalu-alukan kerjasama ini dan saya lihat keterbukaan pihak SC-NEX dan Softbank untuk mengadakan perjanjian persetujuan adalah tanda yang cukup positif untuk syarikat CelcomDigi berupaya untuk menjalinkan hubungan (luar).


"Ia mewujudkan pusat inovasi akan menelan belanja RM250 juta sepanjang lima tahun akan membuahkan hasil yang cukup baik (untuk negara)," katanya kepada media selepas merasmikan Memorandum Perjanjian (MoA) antara CelcomDigi, Softbank dan SC-Nex, di Putrajaya, hari ini.


Jelas Fahmi, usaha yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi tempatan itu diyakini mampu meningkatkan penerimagunaan Revolusi Industri 4.0 selain selari dengan tuntutan kerajaan ke arah era digitalisasi negara.


"Usaha ini dilihat mampu membuahkan hasil yang cukup positif dalam penyelesaian penyelesaian dan pembangunan (R&D) negara.


"Selain itu, usaha yang dilakukan ini juga menepati objektif kerajaan bagi membawa bidang digitalisasi yang lebih baik untuk negara," katanya lagi.


Untuk rekod, CelcomDigi akan menerima manfaat kepakaran SoftBank dan SC-NEX bagi membangunkan bidang Kecerdasan Buatan (AI), robotik dan analitik.


Selain itu, CelcomDigi bercadang untuk membangunkan industri Agroteknologi dan Bandar Pintar dengan sokongan rangkaian 5G.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page