top of page

Belanjawan 2022: PH perlu setuju perkara asas sebelum menyokong, berkecuali dalam undian

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Sep 14, 2021
  • 2 min read

Updated: Sep 15, 2021


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama kerajaan bukan bermakna Pakatan Harapan (PH) akan menyokong semua pendirian dan dasar kerajaan, sebaliknya sokongan itu dibuat dengan bersyarat.


Beliau berkata, PH akan tetap memainkan peranan pembangkang seperti biasa terutamanya jika ia melibatkan isu penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah serta pelbagai lagi perkara lain.


"Dalam soal belanjawan misalnya, ada yang menganggap MoU ini kita wajib menyokong, itu tidak benar.


"Kalau dibaca dokumen ini, kita boleh ambil pendirian menyokong atau berkecuali bagi undi Belanjawan 2022 selepas proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirundingi dan dipersetujui.


"Ini kita kena jelas, maknanya ini tanggungjawab menteri dan pembangkang mengambil sikap terbuka, bersedia duduk berunding.


"Jangan umpamanya seperti mana pernah berlaku oleh menteri kewangan. Dia panggil ada perbincangan kemudian dia longgok dalam belanjawan, dia anggap kita sudah setuju dan terima.


"Kalau nak ada kerjasama untuk kita menyokong atau berkecuali mesti ada proses rundingan dan kita bersetuju perkara-perkara asas ini, tentulah ada perkara kecil berbeda pendapat," katanya dalam sesi Parlimen hari ini.


Anwar juga menjelaskan, dalam hal usul kerajaan atau rang undang-undang, kegagalan meluluskan satu bentuk ketidakpercayaan atau ketidakyakinan kepada kerajaan adalah perkara yang perlu dielakkan, tapi dengan syarat, proses penggubalan RUU dirundingi dan dipersetujui secara bersama secara dasarnya.


"Jadi kerjasama harus diteruskan, mesyuarat harus dilakukan secara berkala dan berterusan dan dokumen ini kita nyatakan termasuk lampiran harus didedah kepada awam dan tidak dirahsiakan.


"Kerajaan dan PH bersetuju bahawa apa perkara sekali pun yang terkandung dalam MoU ini yang akan memberi kesan terhadap peranan, hak dan tanggungjawab PH untuk menyemak imbang, mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab terhadap Parlimen termasuk memastikan ketelusan, integriti dan keberkesanan kerajaan dalam mengendalikan isu-isu rakyat.


"Sebab itu, ada sedikit pergelutan kecil di Parlimen hari ini, ini sesuai dengan pembangkang. Kalau tak bunyi apa-apa, macam kita pun dah tukar dah, tapi saya boleh jamin bentuk kerjasama dan perundingan," katanya.


Anwar juga menerangkan, PH membuat keputusan untuk menolak tawaran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kerana tawarannya berbeza dengan tawaran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Kalau teliti dokumen ini, isu asasnya berbeza. Yang dikemukakan Pagoh adalah berbentuk CSA yang menuntut kami menyokong dan mengabsahkan kerajaan, itu fundamental dan tidak ada dalam kerjasama ini.


"MoU ini menegaskan peranan kita sebagai pembangkang untuk menolak kalau tidak ada rundingan.


"Dalam kes lalu, saya beritahu sendiri kepada Pagoh sebelum kita menghadap Agong, pertama tak ada rundingan dengan PH, rundingan harus rasmi dengan PH, kedua diumumkan masa tenat, nak tenggelam dah, dah hilang majoriti, baru nak utarakan. Tak boleh.


"Apa yang dilakukan oleh Bera adalah berbeza. Dia menang, dia dapat majoriti walaupun sangat kecil, itu pun hari ini mengundi timbalan speaker pun tak mahu, almaklum sebabnya.


"Saya percaya wakil pembangkang khusus PH dan kerajaan harus mengambil sikap lebih terbuka lebih ikhlas untuk memastikan kita dapat perbaiki tatakelola, banteras rasuah, penyalagunaan kuasa, pembaziran, dan menjadikan politik dan kedudukan ahli Parlimen itu tempat jual beli dan sogokan kerana ini memberikan dan memulihkan keyakinan rakyat kepada kita," katanya.


Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page