top of page

MoU batal jika Akta Anti Lompat Parti tidak dibentang sesi Mac



Memorandum kerjasama (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) akan batal serta merta sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada keazaman politik untuk membentangkan Akta Anti Lompat Parti dalam sesi Dewan Rakyat Mac 2022.


Amaran tersebut diucapkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Amwar Ibrahim ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya PH Johor di Pulai Spring Resort, tengah hari tadi.


"Sekarang kita ada Memorandum. MoU ini telah menetapkan RM45 bilion (bantuan tambahan menyelesaikan) masalah Covid RM10 bilion masalah Perusahaan Kecil dan Sederhana, Undi 18 yang kita tetapkan mesti diluluskan hujung 2021, Akta Anti Lompat Parti pun mesti diluluskan.


"Tidak mungkin MoU bertahan sekiranya tidak diluluskan dalam sesi Parlimen akan datang dalam bulan Mac. Kalau setuju diteruskan. Kalau tidak terbatal MoU," katanya.


Akta Anti Lompat Parti telah dibincangkan dalam pertemuan PH dan PM Ismail Sabri beberapa minggu lalu dalam sidang khas mengenai banjir di Parlimen. PM menyatakan komitmen untuk membentangkan akta itu.


Akta berkenaan adalah antara teras penting MoU kedua dua belah pihak selain Perjanjian Malaysia 1963 dan pelaksanaan Undi 18.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page