top of page

‘MOTAC beri penjelasan lanjut selesai isu penyelasaran daftar masuk hotel’



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi maklum balas lanjut berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa yang memilih untuk bermula pada pukul 4 petang.


Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengambil maklum keluhan rakyat berhubung perkara berkenaan.


"Walaupun isu ini tidak dibincangkan di dalam mesyuarat hari ini, saya akan panjangkan kepada MOTAC untuk memberi maklum balas," katanya kepada media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.


Sebelum ini tular tindakan sesetengah hotel dan premis penginapan menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula jam 4 petang dan keluar pada jam 11 pagi.


Tindakan tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna warga yang merasakan tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.


Perkara itu menyebabkan rata-rata pengguna maya membandingkan dengan negara-negara jiran yang dikatakan lebih berbaloi untuk bercuti kerana pengurusan masa yang memudahkan pelanggan berbanding dengan penginapan di Malaysia.


Justeru, MOTAC digesa untuk untuk campur tangan bagi menyelaraskan waktu daftar masuk dan keluar premis penginapan tempatan.


Dalam pada itu, sebelum ini, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel menjelaskan pemilik hotel dan inap desa bebas menetapkan masa daftar masuk kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang perhotelan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page