top of page

Mosti tumpu inisiatif MSE tingkat pembiayaan R&D

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 9, 2023
  • 1 min read



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi tumpuan kepada inisiatif Malaysia Science Endowment (MSE) selaras usaha mempelbagaikan pembiayaan alternatif untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).


Bercakap ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat dasar semalam, Menterinya, Chang Lih Kang berkata melalui MSE dana bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) diperoleh menerusi pelbagai sumber seperti industri, dana antarabangsa, wakaf dan penderma yang berminat.


"MSE adalah selaras dengan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 - 2030 bagi mengukuhkan tadbir urus sains, teknologi dan inovasi (STI) negara dan mampu memberi impak terhadap pembiayaan R&D yang mampan untuk jangka masa panjang melalui sumber alternatif.


"Ini sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan di samping merancakkan pembabitan sektor swasta," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Tanjung Malim itu berkata demikian ketika menyentuh peruntukan R&D yang jumlahnya masih kecil jika dibandingkan dengan negara maju. Mengakui hal itu, beliau berkata pihak kementerian sentiasa mencari jalan untuk menanganinya.


Walau bagaimanapun tambah Lih kang, Belanjawan 2023 kali ini telah memperlihatkan permulaan baik dengan peningkatan ketara dalam beberapa komponen utama berbanding tahun lalu.


"Pertama, pembangunan perkhidmatan STI meningkat daripada 99.62 juta pada 2022 kepada 112.33 juta pada 2023 iaitu sebanyak 12.8 peratus.


"Manakala bagi pengkomersialan STI meningkat daripada 160.76 juta pada 2022 kepada 215.28 juta pada2023 iaitu sebanyak 33.9 peratus," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page