top of page

MOSTI sokong cadangan larang eksport REE



Cadangan kerajaan untuk melaksanakan dasar larangan eksport bahan mentah unsur nadir bumi (REE) disambut baik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Menterinya, Chang Lih Kang berpandangan melalui larangan tersebut Malaysia akan dapat jaminan pulangan maksimun daripada hasil galian tersebut.


Selain itu, sekiranya negara mengeksport bahan mentah berkenaan maka ia tidak dapat membantu negara dalam membangunkan industri yang berkaitan sekaligus turut tidak akan dapat menggalakkan perkembangan industri hiliran menerusi teknologi dan kepakaran.

"Kita perlu membangunkan industri hiliran nadir bumi ini bagi memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.


"Dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi ini juga turut dilakukan di negara lain seperti Indonesia," katanya.


Chang berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Gopeng 2.0 pada Sabtu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Sept lalu berkata kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber.


Anwar semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat berkata Dasar Mineral Negara baharu akan turut dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page