top of page

MOSTI sasar kumpul RM2 bilion bangunkan MSE



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang memaklumkan, kementeriannya sedang giat membangunkan mekanisme pengumpulan dana khusus dengan sasaran RM2 bilion.


Lih Kang bercakap kepada pemberita selepas hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Dr Ranjeet Bhagwan Singh di Kuala Lumpur berkata, dana tersebut adalah bagi penubuhan Malaysia Science Endowment (MSE) yang telah diluluskan Parlimen pada 4 Ogos, 2022, dengan Akademi Sains Malaysia sebagai entiti pelaksana di bawah seliaan MOSTI.


Sehubungan itu jelasnya, mana-mana syarikat korporat atau individu yang mempunyai kekayaan yang menyumbang kepada dana tersebut akan diiktiraf atas komitmen mereka melaksanakan tanggungjawab korporat sosial.


Selain itu beliau berkata, penyumbang juga mempunyai peluang untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam membentuk trajektori yang berorientasikan sains, teknologi, inovasi, dan ekonomi.

"Melalui kolaborasi dengan pakar dan pemegang taruh, kerajaan akan memastikan tadbir urus yang telus serta penggunaan sumber dengan efektif, yang dikukuhkan lagi dengan strategi pelaburan yang berhemah," katanya dipetik.

Sementara itu pada majlis semalam, Lih Kang menyampaikan geran berjumlah RM50,000 kepada Pensyarah Kanan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fazren Azmi


Ia bagi meneruskan kajian beliau bertajuk – “Bioengineered-Microalgae Oil Droplet as a Production Platform of Advances Immunogenic Protein Particles for Intranasal COVID-19 Nanovaccine Formulation”.

Difahamkan sejak penubuhannya pada 1997, Tabung Amanah Kesihatan Dr Ranjeet Bhagwan Singh telah membiayai 27 projek kajian dan 11 bengkel teknikal.


Tabung tersebut merupakan inisiatif mendiang Dr Ranjeet Bhagwan Singh, yang telah diiktiraf sebagai seorang dermawan yang bidang perubatan dan sains kesihatan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page