Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyambut baik keputusan kerajaan baru baru ini untuk tidak mengeksport galian nadir bumi (REE) secara mentah.
Menurut menterinya, Chang Lih Kang, REE seharusnya diproses terlebih dahulu di Malaysia bagi mendapatkan harga jualan yang lebih tinggi kerana bahan itu sukar didapati dan mempunyai permintaan tinggi.
"Kita mengalu alukan keputusan sebab memang kita ada REE. Tetapi kalau kita hanya mengeksport bahan mentah ia tidak akan membantu industri nadir bumi dalam negara kita.
"Melarang eksport itu membantu kita, untuk negara kita membangunkan industri nadir bumi terutama di sektor (industri) hiliran," katanya.
Kerajaan memutuskan menolak untuk menjual bahan mentah REE sebagaimana amalan kebanyakan negara di dunia. Pada waktu ini Malaysia sedang mencari kepakaran dan teknologi yang terbaik bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar dalam memposes unsur nadir bumi berkenaan.
Comments