top of page

MOSTI rancang pasang 4 stesen pantau radiasi air spektrum gamma

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 17 minutes ago
  • 1 min read

ree

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan pemasangan empat stesen Sistem Pemantauan Air Spektrum Gamma (GSWMS) menjelang hujung tahun ini.


Menterinya Chang Lih Kang (gambar) berkata, pemasangan pertama GSWMS sudah dilaksana di jeti di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum ini dan lokasi pemasangan berikutnya ialah di Pulau Langkawi, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman di Semenanjung, serta Bintulu di Sarawak.


"Peranti ini boleh memantau tahap radiasi gamma dalam sumber air bagi tujuan keselamatan dan penyelidikan.


"Jadi kita akan dapat deteksi awal sekiranya mana-mana bahagian di rantau ini terdapat bacaan yang abnormal, kita boleh tahu sebab semua sistem kita terhubung," katanya dipetik.


Beliau ditemui pada sidang media sempena Mesyuarat Tahunan Ke-12 Rangkaian Badan Kawal Selia Tenaga Atom ASEAN (ASEANTOM) di Johor Bahru pada Isnin.


Dalam pada itu, beliau menegaskan kepentingan memperkukuh kerjasama dengan rakan serantau, khususnya negara anggota ASEAN, dalam aspek keselamatan, sekuriti dan perlindungan tenaga atom.


"Perkembangan di rantau ini menunjukkan semua negara sedang meneroka potensi nuklear bukan sahaja untuk penjanaan elektrik, tetapi juga sektor-sektor lain.


"Oleh itu, penting untuk kita memperkukuh kerjasama dalam rangka kerja peraturan tenaga atom," tambahnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page