top of page

Mosti peruntukkan RM5.3 juta program jaminan makanan



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bakal memperuntukkan RM5.3 juta untuk naik taraf kemudahan dan makmal aplikasi teknologi nuklear bagi mengatasi masalah keselamatan dan jaminan makanan pada masa depan.


Menterinya, Chang Lih Kang berkata projek itu akan bermula pada tahun ini sehingga 2025 dan akan dilaksanakan Agensi Nuklear Malaysia dibawah kementerian itu.


"Ia bagi meningkatkan keselamatan dan jaminan makanan melalui peningkatan produktiviti agromakanan melalui teknik biak baka mutasi.


"Di samping itu, teknik isotop stabil digunakan bagi menentukan ketulenan makanan serta mengesahkan asal usul produk tersebut," katanya kepada Dewan Rakyat pada Selasa.


Chang sebelumnya mengulas isu dibangkitkan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) berkaitan pembangunan teknologi digital serta teknologi pertanian yang dikendalikan oleh agensi Kerajaan.


Sementara itu tambahnya ketika ini kerajaan telah menghasilkan beberapa inovasi dengan mengadaptasikan teknologi pertanian moden iaitu pertanian jitu melalui penggunaan imej satelit dan sistem maklumat geografi (GIS).


Malah ia telah digunakan dalam Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) di 12 jelapang padi seluas 206 ribu hektar di seluruh Malaysia.


"Pengoperasian Sistem MakGeoPadi juga terbukti berupaya mempercepat dan menjimatkan agihan bantuan subsidi padi kerajaan secara bersasar kepada pesawah yang layak sahaja berdasarkan maklumat kawasan sebenar bertanam padi yang diekstrak melalui imej satelit beresolusi sangat tinggi 0.5 meter," jelas Ahli Parlimen Tanjung Malim itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page