top of page

MOSTI perkasa budaya sains, gerak agenda inovasi rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Chang Lih Kang (kiri sekali) di program Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Akhir Kebangsaan
Chang Lih Kang (kiri sekali) di program Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Akhir Kebangsaan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus memperkukuh agenda pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam kalangan rakyat khususnya pelajar, selaras dengan usaha kerajaan memperkasa daya fikir dan daya cipta generasi muda.


Menterinya, Chang Lih Kang berkata, pembudayaan sains tidak seharusnya terbatas dalam bilik darjah semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan melalui pendekatan luar bilik darjah dan aktiviti berasaskan pengalaman.


Usha itu jelasnya bagi memastikan agar golongan muda benar-benar memahami peranan sains dalam kehidupan seharian.


"Ini adalah agenda kita untuk dalam pembudayaan sains, teknologi dan inovasidan akan terus memberikan tumpuan , terutamanya di luar bilik darjah dan juga secara `hands-on' seperti melalui program Malaysia Techlympic," katanya dipetik.


Terdahulu beliau hadir ke acara penutupan Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Akhir Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Isnin.


Program dua hari anjuran MOSTI itu menarik penyertaan peserta dari seluruh ASEAN dan Asia, membuktikan keupayaan belia Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa.


"MOSTI terus komited dalam usaha mempergiatkan inisiatif pembudayaan sains selaras Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030 bagi memperkukuh ekosistem STI negara.


"Ini bagi memastikan generasi muda negara bersedia menghadapi masa depan yang dipacu teknologi, termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin meluas penggunaannya merentasi pelbagai sektor ekonomi dan industri," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page