top of page

MOSTI pastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan pendidikan STEM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 8
  • 2 min read

ree

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus komited memperkukuh usaha merapatkan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


Menterinya, Chang Lih Kang (gambar) berkata pelbagai program berimpak tinggi seperti Program STI 100³: (100 Saintis, 100 Sekolah, 100 Hari) telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan akses pendidikan STEM dapat dinikmati semua pelajar, tanpa mengira lokasi.


"Fokus kita jelas untuk pastikan akses pendidikan STEM yang seimbang kepada semua pelajar, tanpa mengira lokasi.


"MOSTI turut menggerakkan program seperti Kembara Sains Borneo yang menjelajah hingga ke peringkat daerah dan sekolah luar bandar bagi memastikan pendedahan kepada ilmu sains dapat dirasai secara menyeluruh," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan program STI 100³ bertemakan Scientists@Schools: Jom STI! di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiara Permai, Kuala Lumpur pada Isnin.


Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Mohammad Yusuf Apdal.


Pada acara itu, Malaysia Book of Records (MBOR) turut menyampaikan dua pengiktirafan kepada program STI 100³ iaitu rekod penyertaan saintis teramai dalam program Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan penyertaan sekolah terbanyak.


Sebagai rekod, STI 100³ merupakan aspirasi yang ditengahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina dan mengukuhkan minat serta bakat STEM sejak di bangku sekolah.


Ia menerusi kaedah pelajaran sains yang tidak terhad kepada teori sahaja sebaliknya secara lebih kolaboratif melibatkan komuniti saintis yang berinteraksi secara langsung dengan pelajar.


"Program ini bukan hanya memberi pendedahan awal mengenai STEM, malah merangsang minat pelajar terhadap kerjaya masa depan yang berkait rapat dengan teknologi dan penyelesaian masalah.


"Selain itu, MOSTI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga mempromosi program realiti seperti Innovator dan Techlympic--pertandingan inovasi dan robotik yang disasarkan kepada pelajar sekolah pedalaman sebagai galakan awal untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang teknologi," jelas Lih Kang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page