top of page

MOSTI pastikan inisiatif dilaksana selari perkembangan ekonomi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 13, 2024
  • 1 min read


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.


Tekad itu dinyatakan Menterinya, Chang Lih Kang ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.


Jelasnya, MOSTI antaranya merangka beberapa pelan hala tuju bagi pembangunan teknologi terutama bidang baharu seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blockchain hingga 2025.


"...kini (MOSTI) dalam perancangan untuk menggubal kesinambungan pelan tersebut sehingga 2030 supaya inisiatif pelan sedia ada dapat terus dilaksanakan dan mencapai sasaran ditetapkan.


"Di samping itu, kementerian juga bertanggungjawab dalam merangka tadbir urus dan kod etika AI (AIGE) yang akan dilancarkan pada suku kedua 2024. AIGE ini melengkapi usaha pengukuhan tatakelola perundangan dan etika untuk mengawal selia AI," katanya dipetik.


Menyentuh mengenai teknologi blockchain, Ahli Parlimen Tanjung Malim itu memaklumkan kementeriannya kini sedang melaksana dua projek rintis.


Teknologi yang sedang diuji itu jelasnya membabitkan sistem Authorized Economic Operator atau AEO berasaskan blockchain oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bakal digunakan bagi sistem pengesahan daging import halal.

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page