top of page

MOSTI lancar Innovathon, cungkil bakat idea inovatif



Kerajaan terus mengandakan usaha menjana dan mengembangkan idea inovatif produk digital dan teknologi yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang.


Terbaharu, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan program realiti televisyen inovasi dikenali sebagai Innovathon khusus untuk memberi peluang kepada rakyat mengembangkan idea inovatif mereka.


Menterinya Rafizi Ramli dalam kenyataan berkata, program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama saluran televisyen berbayar, Astro dan akan ditayangkan selama 10 episod bermula Jun depan.


Melalui program itu, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 juta bagi tujuan modal asas dan awal bagi membantu pemenang-pemenang program realiti tersebut mengembangkan inovasi mereka.


"Ini bukan soal monopoli (melahirkan syarikat digital) tetapi ia berkaitan dengan idea dan produk.


"Salah satu tujuan Innovathon ini ialah menggalakkan lebih ramai termasuk yang sudah mulakan kerjaya tetapi yakin boleh memulakan syarikat dengan produk sendiri. Dengan harapan apabila dia boleh menambah jumlah (syarikat) digital dan teknologi, peluang untuk menambah syarikat ini akan lebih tinggi.


"Ini satu keperluan untuk kita membina ekonomi digital kita ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus membuka peluang pekerjaan yang mencukupi dan melonjak gaji purata," ujarnya.


Mengulas lanjut mengenai program tersebut beliau berkata, rakyat Malaysia yang berminat tanpa mengira had umur boleh menyertai program itu dengan menghantar idea inovatif berbentuk video ringkas sehingga 7 Mei depan.


Video ringkas yang dihantar akan dinilai dan peserta terpilih kemudiannya dijemput hadir secara fizikal untuk saringan panel hakim di enam lokasi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah.


Peserta pada peringkat berkenaan pula jelasnya akan menerima bimbingan daripada mentor berpengalaman dalam bidang perniagaan, produk, dan teknologi malah, idea mereka akan dibentangkan di hadapan bakal pelabur.

"Kami berharap usaha melalui Innovathon ini akan membina keyakinan lebih ramai bakat dalam masyarakat untuk membina kerjaya dan inovasi dalam bidang ekonomi digital," katanya lagi.

Sementara itu, Rafizi berkata rakyat Malaysia adalah pengguna teknologi yang tinggi, dengan tahap penggunaan telefon pintar dan internet yang tinggi, sistem pembayaran digital yang matang dan penggunaan media sosial yang meluas.

Walau bagaimanapun katanya, berbanding negara lain rakyat Malaysia jarang melihat potensi diri sebagai pencipta atau inovator yang boleh membangunkan produk digital dan teknologi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.


"Bandingkan kita dengan Singapura. Berapa banyak syarikat teknologi yang melahirkan idea setiap tahun? Bandingkan Indonesia, kenapa mereka pergi ke sana? Sebab pasaran besar dan kemungkinan idea ditukar kepada produk komersial adalah tinggi.


"Ini proses yang sedang kerajaan lakukan untuk memberikan kesedaran dan memahami pasaran teknologi. Ia bukan hanya disebab insentif, geran dan dana yang diberikan oleh kerajaan," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page