top of page

MOSTI laksana projek digital kesihatan menerusi Inisiatif Berorientasikan Misi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

Projek digital dalam sektor kesihatan kini digerakkan di bahawa satu Inisiatif Berorientasikan Misi (MOI) Kebangsaan supaya dapat bergerak seiring dan diperkasakan.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Chang Lih Kang (gambar), berkata inisiatif diterajui Akademi Sains Malaysia (ASM) itu selari dengan usaha menjadikan Malaysia negara dipacu kecerdasan buatan (AI) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


"MOI ini akan menggembleng kerajaan, penyedia perkhidmatan kesihatan, penyelidik, industri dan komuniti bagi mencapai hasil nasional yang boleh diukur.


"Antaranya termasuk meningkatkan kesinambungan penjagaan, mengesan penyakit lebih awal, menyediakan akses lebih saksama dan membangunkan sistem kesihatan yang lebih berdaya tahan," katanya dipetik laporan media.


Lih Kang berkata begitu menerusi ucapan pada pada Forum Memorial Tahunan Dr Ranjeet Bhagwan Singh (RBS) 2026 dan Pengumuman Geran Penyelidikan Perubatan RBS, di Kuala Lumpur pada Khamis.


Beliau sementara itu menjelaskan, projek MyGenome menjadi antara inisiatif penting negara dalam bidang perubatan ketepatan yang diterajui MOSTI dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).


Projek itu jelasnya bertujuan memetakan profil genetik rakyat Malaysia bagi membantu menghasilkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang lebih sesuai mengikut keperluan individu.


Dalam masa sama Lih Kang menegaskan, penggunaan AI dalam sektor kesihatan turut membuka ruang kepada diagnosis lebih tepat dan rawatan disesuaikan mengikut keperluan individu.

Perkembangan teknologi itu tegasnya sedang mengubah cara sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page