Moratorium dikecualikan faedah hasil MoU PN - PH, bukan perjuangan Pemuda Umno

Updated: a day ago



Persetujuan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz agar pihak bank mengecualikan faedah terakru bagi penerima moratorium pinjaman kategori B50 adalah hasil semangat memorandum persefahaman (MoU) kerajaan Perikatan Nasional - Pakatan Harapan (PH).


Menurut mantan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Adzman Kamaruddin, dakwaan yang mengatakan tindakan tersebut adalah hasil usaha Umno atau sebagainya tidak dapat diterima.


Hal itu katanya, tuntutan penghapusan faedah itu telah dibuat oleh KEADILAN, DAP dan Umno sejak setengah tahun lalu namun tidak pernah ditunaikan oleh Menteri Kewangan melainkan setelah PH bersetuju untuk menandatangani MoU.


"Disebalik berita gembira ini muncul Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu ciapan di Twitter seolah-olah moratorium tanpa faedah ini adalah hasil usaha Pemuda Umno melalui salah satu dari 10 Tuntutan Rakyat.


"Situasi ini boleh digambarkan melalui peribahasa Melayu berbunyi ‘Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama’. Mungkin beliau terlupa atau seakan sengaja mahu menenggelamkan usaha yang telah dilakukan sejak tahun lalu mendesak Kerajaan Persekutuan melaksanakan moratorium tanpa faedah yang dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama PH.


"Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang termeterai antara Kerajaan Persekutuan dan PH adalah kemuncak usaha ini di mana pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank untuk rakyat B50 tersenarai sebagai salah satu langkah Pemerkasaan Pelan Covid-19 yang terkandung dalam MoU tersebut," katanya.


Sebaliknya kata Adzman, Umno seharusnya memikul kegagalan pentadbiran Mahiaddin Yassin sebelum ini yang menyebabkan ekonomi merudum dan pengangguran berleluasa serta kegagalan perniagaan.


"Perlu diingat, Umno tidak dapat lari dari memikul tanggungjawab bersama atas kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional sepanjang 18 bulan pemerintahan yang menyumbang kepada kematian lebih 20,000 rakyat Malaysia akibat kelemahan pengurusan krisis Covid-19.


"Adalah lebih molek Pemuda Umno menumpukan usaha membersihkan pentadbiran negara dari golongan kluster mahkamah dan Ahli Parlimen yang terkait dengan kes salahguna kuasa," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER