top of page

Monopoli Bernas import beras dibantah, kongsikan keuntungan bersama pesawah - Anwar



Pakatan Harapan membantah tindakan kerajaan meluluskan konsesi untuk mengimport beras secara monopoli kepada Bernas selama 10 tahun lagi.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya di Parlimen hari ini tidak bersetuju tiada syarikat lain dibenarkan mengimport beras kerana hal itu menyebabkan tidak wujudnya persaingan harga dan merugikan rakyat.


"Tadi dalam soalan tambahan saya bangkitkan soal monopoli import beras oleh Bernas disambung setelah prestasi (kurang memuaskan) mereka puluhan tahun menyelenggarakan (import beras). Ini bertentangan dengan prinsip food security dan jihad makanan Perdana Menteri


"Sebab kita benarkan monopoli satu syarikat yang untungnya terlalu besar. Sepatutnya keperluan import diagihkan. Saya tak ada masalah Bernas tolong menguruskan tetapi perlu diagihkan kepada persatuan peladang yang boleh memberikan manfaat langsung kepada pesawah padi.


"Ini juga dasar yang saya lakukan sewaktu di Kementerian Kewangan, iaitu memastikan import itu dilaksanakan oleh syarikat yang boleh beri pulangan langsung kepada persatuan peladang atau pesawah


"Pesawah yang jumlahnya 150,000 sebagaimana kita tahu dalam kategori miskin tetapi kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), keuntungan mereka tercatat itu besar. Yang terkumpul tahun 2018, RM1.2 bilion, 2019 RM1.3 bilion," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, Bernas yang kaya raya sepatutnya mengagihkan lebih banyak keuntungannya kepada pesawah dalam bentuk subsidi benih dan sebagainya agar kos penanaman dapat dikurangkan juga meningkatkan pendapatan petani.


Anwar juga mengecam kerajaan BN - PN yang disifatkannya tidak berani menegur syarikat besar yang diberi peluang berniaga secara 'amat lumayan' agar berkongsi sedikit keuntungan.


"Sebagaimana saya jelaskan kepada PM pada Isnin lalu, kerajaan tak berani langsung berunding meminta sedikit penyesuaian dengan syarikat besar ini," katanya.


Justeru, Anwar menuntut Bernas memberi lebih banyak bantuan kepada golongan petani selepas mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan dalam menjalankan model perniagaan mereka.


"Sekarang kerajaan beri terus kepada Bernas (import beras). Sekarang kita nak tuntut Bernas pastikan pengagihan dan pulangan kepada pesawah, di Sekinchan (pendapatan pesawah) dalam RM1,000, di Kedah, Kelantan, sekitar RM650 - RM800. Bernas dipertanggungjawabkan.


"Bernas perlu memberi jawapan bagaimana diagihkan wang keuntungan besar itu sebahagiannya kepada pesawah


"Tetapi keputusan kerajaan untuk memberi monopoli mengimport besas itu masih kita bantah," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page