Momentum rakyat kepada KEADILAN - PH meningkat - Kak Wan



Menjelang hari mengundi pada 12 Mac, sokongan bangsa Johor ke atas KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) kelihatan meningkat dan menandakan gabungan itu berkemungkinan besar mempertahankan kerusi sedia ada malah tidak mustahil membuat kejutan.


Menurut Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, daripada jelajah kempennya ke segenap pelusuk Johor dirasakan rakyat amat tidak berpuas hati dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dipaksakan ke atas mereka dan akan melakukan protes di peti undi.


"Walaupun kita tahu bahawa PRN telah dipaksakan atas kita, ramai pengundi merasakan tidak perlu tetapi sebab dipaksakan maka kita terpaksa memilih.


"Jadi pilihlah KEADILAN dan PH. Kita nakkan perubahan. Sebab kalau betul betul berubah .... PRN ini adalah untuk lima tahun


"Kak Wan meronda kempen, memang momentum nampak gaya meningkat. Walaupun pecah undi terutama antara orang Melayu tetapi biarlah undi itu kita kumpulkan untuk KEADILAN. Parti berbilang bangsa dan majoritinya orang Melayu," katanya ketika membantu kempen calon KEADILAN DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain, pagi tadi.


Justeru, Kak Wan yang juga Ahli Parlimen Pandan meminta pengundi Johor untuk keluar beramai ramai esok hari melakukan perubahan dengan mengembalikan kerajaan PH dan KEADILAN selepas 12 Mac ini.


"Jangan lupa undi KEADILAN, calon Larkin, nombor tiga. Jangan fikir banyak, keluar undi Dr Zamil


"Keluarlah mengundi. Ini masa depan kita. Penting orang Johor undi KEADILAN dan PH.


"Kita telah mentadbir sekejap. Sebelum ini saya pergi ke Semerah memang ada program yang sepatutnya diteruskan tetapi telah dikacau. Kali ini undilah KEADILAN- PH (untuk meneruskan pembelaan rakyat)," katanya lagi.


Dr Wan Azizah juga mahu pengundi Larkin memberi kepercayaan kepada calon nombor 3, Dr Zamil Najwah sebagai ADUN dan mengembalikan tradisi KEADILAN membela rakyat di kawasan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER