top of page

Momentum perjuangan rakyat bangkit kembali beberapa bulan kebelakangan - Fahmi




Momentun perjuangan rakyat yang lesu dan 'dikalahkan' selepas berlakunya Langkah Sheraton pada Februari 2020 seolah olah ditakdirkan bangkit kembali sejak beberapa bulan kebelakangan ini.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, hal itu berikutan beberapa pindaan Perlembagaan telah diluluskan untuk memastikan perjalanan pemerintahan yang lebih baik


"Kita mahu masalah seperti rasuah dihentikan. Tetapi kita lihat lepas kemenangan Langkah Sheraton berlaku.


"Tentu sekali banyak rakyat yang berhabis duit, perah keringat untuk PH rasa dikalahkan.


"Tetapi dalam 2 bulan terakhir ini ada beberapa perkara penting telah berlaku yang mana kita telah luluskan Akta Anti Lompat Parti yang amat penting.


"Satu pindaan Perlembagaan yang melarang ahli Dewan Rakyat melompat. Ia agak sukar, kerana nak luluskan perlu 2/3 majoriti. Biar pun Umno, PH dan Pas sudah cukup tetapi keputusannya 95% ahli dewan telah mengundi menyokong. 'Katak pun dah insaf'.


"Oleh itu undi kita (menentukan lantikan Ahli Parlimen) sangat bernilai, sangat berharga dan undi kita adalah maruah kita sebagai rakyat Malaysia," katanya dalam Majlis Makan Malam Sumbangan Dana Pilihan Raya Parlimen Lembah Pantai, malam tadi.


Perkara selanjutnya yang berlaku, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah kembalinya arkitek kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu, Rafizi Ramli ke arena politik.


"Perkara kedua juga sangat penting. Orang bertanya mana Rafizi Ramli. Pertengahn tahun ini parti buat pemilihan, Rafizi menang dan dia kembali.


"Ramai tak sedar di taman melawati lalu Anwar dari atas pentas berkata ini adalah barisan pimpinan masa hadapan.


"Lihat Rafizi, Amirudin Shari, Nurul Izzah, saya, Nik Nazmi. Umur kami purata 43 tahun. Ini adalah masa depan KEADILAN dan ini adalah pimpinan negara masa hadapan," katanya.


Di samping itu kata, Fahmi berpendapat desakan rakyat juga semakin kuat dan menenggelamkan sikap sewenang wenang kerajaan untuk memberi layanan istimewa kepada banduan VVIP di Penjara Kajang.


Tegas Fahmi desakan rakyat menyebabkan 'merpati' yang mahu ke hospital Cheras terpaksa dikurung kembali ke sangkarnya di Kajang. Sekiranya rakyat terus melakukan perubahan maka lebih banyak hal positif akan dilihat di negara ini.


"Sebelum itu bagaimana kehakiman kita, kita lihat reformasi yang kita buat pada 2018 untuk pastikan kehakiman dalam negara kita bebas dan adil.


"Tetapi ada yang tanya, merpati dah masuk tetapi wak tu belum masuk lagi," sinis Fahmi.


Majlis makan malam itu turut dihadiri Ahli parlimen Lumut Dr Hatta Ramli, Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah dan beberapa tetamu penting lain



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page