top of page

Mohd Dusuki Mohktar dilantik Peguam Negara baharu



Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa pada esok.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan berkata pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.


"Selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa mulai 12 November 2024 bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan," katanya.


Mohd Dusuki, 57, dilahirkan di Machang, Kelantan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.


Beliau mempunyai pengalaman yang luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara termasuk sebagai timbalan pendakwa raya.


"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara," kata Shamsul Azri.


Untuk rekod, Mohd Dusuki sebelum ini dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan baharu bagi perbicaraan kes membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran memohon untuk bercuti sebelum bersara awal mulai 1 November tahun lepas.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page