top of page

Mogok Rider Grab: Pembangkang semak usaha kerajaan, bukan kritik salah fakta



Mogok pekerja parcel hailing (p-hailing) pada 19 Januari tidak wajar dipolitikkan sehingga menggunakan fakta yang salah lagi terpesong oleh pemimpin pembangkang.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar, kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pemuda BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selepas mogok itu yang mengaitkan kedudukan syarikat GrabTaxi Holdings di bawah Kementerian Kewangan begitu menyimpang daripada fakta dan merupakan suatu pembohongan yang nyata.


Manakala kritikan kepada Kerajaan Madani kononnya tidak membela pekerja p-hailing, kata Haziq, amat tidak tepat.


"Wan Ahmad Fayhsal (dalam kenyataannya) mempertikaikan komitmen kerajaan pasca pengumuman oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemu dengan 24 syarikat p-hailing beberapa bulan lalu.


"PM telah pun menyatakan komitmen meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran kepada golongan penghantar perkhidmatan p-hailing yang diterjemahkan kepada peruntukan sebanyak RM1.6 bilion bagi Belanjawan 2024, peningkatan yang ketara berbanding RM1 bilion semasa pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional


"Maka sebagai pembangkang yang konstruktif, mereka wajar memantau rapat pelaksanaan program latihan kemahiran dan 'upskilling' supaya manfaatnya dilimpahkan secara maksimum kepada golongan rider dan bukannya membohongi orang awam dengan kedudukan syarikat persendirian p-hailing berada bawah bidang kuasa kerajaan," kata Haziq dalam kenyataan hari ini.


Tegas beliau, tunjuk perasaan atau bantahan oleh pekerja p-hailing baru baru ini bukan sahaja berlaku pada era pemerintahan Kerajaan Madani tetapi telah berlarutan sejak lebih 5 tahun lalu.


Katanya, dalam usaha menarik hati golongan pekerja gig, PM Muhyiddin Yassin juga pernah memberikan beberapa janji tetapi tidak pernah ditunaikan sewaktu beliau berkuasa.


"Sekiranya benar Wan Fayhsal mengimani dakwaannya (kurang bantuan) itu, maka seharusnya janji yang turut dinyatakan Muhyiddin Yassin sewaktu menjadi PM pada 24 November 2020 untuk mempermudah urusan penghantar Grab mendapatkan pinjaman dan bantuan subsidi minyak terlaksana (telah dibuat), malah kadar upah (yang berkurangan) penghantar Grab ini boleh sahaja dikekalkan terus kerana kononnya di bawah Kementerian Kewangan, tetapi itu bukanlah kesnya," katanya.


Bagi Haziq, Wan Fayhsal ternyata gagal menjadi seorang persona pembangkang yang mengkritik secara konstruktif malah meneruskan projek pembodohan ke atas rakyat terutama penyokong pembangkang.


Sinis beliau, sekiranya Ahli Parlimen Machang itu kurang bijak dalam penyelidikan maka AMK boleh membantu beliau mengingat semula fakta fakta berkenaan isu p-hailing.


"Maka AMK tidak akan teragak-agak 'membantu' beliau dan pembangkang menjalankan tugasnya untuk melakukan semakan terhadap impak peruntukan latihan kemahiran dan upskilling yang meningkat, supaya manfaatnya dimaksimumkan terhadap penghantar p-hailing sedia ada yang memerlukan pembelaan," kata Haziq lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page