top of page

Mogok lapar: Perjuangan bela Palestin jangan sampai tentang kerajaan



Perjuangan M Mythreyar (Mike) yang menganjurkan mogok lapar di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu tidak seharusnya dikaitkan dengan pembangkang atau aktiviti menentang kerajaan.


Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM) Mustapa Mansor Amer Mohd Isa yang telah mengunjungi Mythreyar pada hujung minggu lalu, perjuangan aktivis tersebut biar pun turut meminta kerajaan menggugurkan anasir pro Israel, syarikat BlackRock daripada mempunyai pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak wajar dialihkan oleh pihak tertentu dan dilihat menentang Kerajaan Madani.


Menurut Mustapa, mogok lapar sebagaimana dilakukan Mythreyar juga pernah dianjurkan oleh aktivis pro-Palestin di serata dunia pada tahun lalu dalam mendesakm pihak Israel membebaskan tahanan Palestin.

Mustapa Mansor Amer Mohd Isa

Katanya, pada waktu Malaysia telah menikmati kebebasan bersuara sepenuhnya setelah ditadbir Kerajaan Madani, sebagaimana kebebasan yang diperjuangkan oleh Otai reformis sejak 25 tahun lampau maka kebebasan itu tidak seharusnya digunakan untuk tujuan yang mengelirukan rakyat.


"Kepada brother Mike berjuang (demi Palestin) kita menghormati. Cuma kena hati hati karana ada pihak yang mengambil kesempatan," katanya dalam satu siaran video.


Mustapa selain merupakan antara pejuang reformasi jalanan pada 1998, juga merupakan pejuang kemerdekaan Palestin dan pernah melakukan misi bantuan ke Gaza lebih daripada lima kali.


Pada 2010 beliau antara yang ditahan oleh pihak Israel di atas kapal Mavi Marmara kerana membawa bantuan perubatan ke Gaza yang dikepung rejim Zionis.


Beliau menasihatkan pembangkang PN agar tidak memainkan isu mogok lapar Mythreyar demi kemerdekaan Palestin dengan isu politik menentang Perdana Menteri atau Kerajaan Madani menggunakan isu BlackRock.


"Saya berharap mana mana pihak yang cuba mengambil pendekatan yang provikatif dan membuat rakyat Malaysia marah, saya rasa pendekatan ini bukan caranya.


"Kita ingin negara maju, bebas dari cengkaman sesiapa. Kita ingin kekalkan kemerdekaan dan hormat kepada semua warga negara dan sesiapa sahaja


"Kita bebas bercakap dengan siapa sahaja. Tidak peduli Biden (Presiden Amerika Syarikat) kah, Netanyahu (PM Israel) atau siapa sahaja.


"Di masa yang sama isu BlackRock ini kita perlu berhati hati dan mengambil tindakan yang terbaik," katanya lagi.


Untuk rekod, dari beberapa misi kemanusiaan antarabangsa, Mustapa kini telah menyiapkan sebuah tesis tentang "Hak Pelarian Rohingya yang diabaikan" bagi projek akhir dalam pengajian ijazah sarjananya di UTM.


Beliau bercadang untuk melanjutkan ke peringkat PhD dalam kajian "Perjuangan Palestin menuju kemerdekaan sebelum 2030".

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page